Thursday, February 2, 2012

WHO AM I ?



Add caption
Who Am I ?... Lebih dikenali sebagai Cikgu Mie. Seorang pensyarah di sebuah IPTS di Kemaman, Terengganu. Bekerja ‘makan gaji’ lebih dari 12 tahun namun gaji yang diperolehi tidak mampu menampung keperluan keluarga. Benar mereka yang makan gaji hanya 'merasakan' berada di zone selesa (comfort zone) walhal tak selesa pun… pelbagai keperluan yang tidak mampu dipenuhi kerana kekangan kewangan… pelbagai impian hidup yang tinggal angan2 semata2… Membenarkan kenyataan hadis Rasulullah saw : “9/10 rezeki di dunia adalah melalui perniagaan”. Hanya 1/10 rezeki yang jadi ‘rebutan’ kebanyakan manusia kini iaitu makan gaji… Hadis Rasulullah saw lagi : "Kemiskinan Menghampiri Kekufuran"… lantaran desakan hidup dalam kemiskinan manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk memenuhi keperluan hidupnya walaupun terpaksa menggadai maruah diri, agama, bangsa dan negara.

Tahun 2000 saya berjaya menubuhkan Tadika Tahfiz Bistari melalui perkongsian idea seorang rakan. Alhamdulillah mula merasai kemanisan alam bisnes. Ekonomi keluarga tidak lagi seteruk sebelum ini yang umpama makan pagi kais pagi, makan petang kais petang. Nak beri seratus dua sebagai sumbangan bulanan pada ibu bapa pada ketika itu terasa amat perit walaupun bekerja sebagai pensyarah. Tahun 2003 tukar nama tadika saya kepada Tadika Raudhah Imtiaz sempena penyertaan isteri, Teh Sofia sebagai pengurus Tadika Raudhah Imtiaz. Beliau sanggup korbankan jawatan sebagai guru sekolah menengah untuk berjuang di alam perniagaan pendidikan pra sekolah. Alhamdulillah pengorbanannya ternyata berbaloi. Tadika Raudhah Imtiaz telah berkembang pesat menjadi antara tadika swasta yang terkemuka di Terengganu. Kini memiliki 3 buah cawangan. Bulan Februari 2010 saya telah berjaya menyiapkan bangunan tadika dan rumah keluasan 60 x 175 kaki persegi dengan nilaian RM 1 juta tanpa pinjaman. Kini Tadika Raudhah Imtiaz memiliki lebih dari 300 pelajar.

Saya seorang yang amat anti MLM. MLM pada andaian saya tidak lebih dari ‘kata2 manis’ di hujung telinga. MLM juga umpama ‘goreng pisang’ panas… ia panas seketika dan akhirnya sejuk selama2nya meninggalkan impian2 kejayaan yg digula2kan sebelumnya sebagai mimpi di siang hari. Segala pandangan negatif MLM berubah hampir 360 darjah apabila isteri saya memperkenalkan Avail… beliau masih boleh menjalankan bisnes Avail biarpun amat sibuk dengan tugasan sebagai pengurus tadika dan ibu kepada 5 cahaya mata, tak pernah keluar rumah di malam hari mencari prospek… buat ‘santai2’ pun boleh berjaya…

Mula join Avail Mac 2010. Dalam masa 10 bulan membina rangkaian bisnes akhirnya saya memperolehi bonus pertama cecah RM 16,500 pada bulan Januari 2011 dengan jualan group cecah RM 100K. Suatu income yang mustahil untuk dicapai jika masih makan gaji iaitu 3x ganda gaji saya, 12 tahun sebagai pensyarah IPTS. Hebatnya bisnes ialah saya jual produk wajib yang berharga RM 10 sebungkus, bina rangkaian awalnya hanya di satu daerah di Terengganu namun boleh pasarkan sehingga mencecah RM 100k sebulan.

No comments:

Post a Comment