Thursday, February 2, 2012

STERTEGI KEJAYAAN 4S

SHARING (SEMBANG / BUKA CERITA)
Berkongsi cerita atau sembang… hakikat bisnes Avail hanya bermodalkan ‘air liur’ setiap hari dan dimana-mana ambil peluang untuk ‘Sharing’ dengan sesiapa sahaja. Ketika berada di pasar, di hospital, majlis jamuan dan sebagainya.
Hakikatnya dalam Avail : “Anda tidak perlu tahu semua perkara. Anda hanya perlu tahu perkara yang sedikt sahaja namun ia diulang2kan menjadikan anda seorang yang pakar”

Apa yang perlu di ‘Sharing’ :
1.   Kehebatan & testimonia produk : Produk Avail ‘The Best Produk Luar Negara”
2.   Kehebatan syarikat : Punyai 2 kilang pad milik sendiri & teguh berkembang sejak 7 tahun yang lalu
3.   Tugas mulia sebagaimana Misi Avail : “Dengan kemunculan kita ramai orang akan menikmati tahap kesihatan dan kehidupan yang lebih baik”
4.   Kongsi peluang menambah pendapatan dengan melalui sistem gandaan (masa, pasaran & bakat) & bisnes rangkaian seumpama buka kedai di banyak tempat tanpa sewa kedai, tanpa modal besar, tanpa tanggung gaji pekerja (downline kita)

Kaedah Sharing :
1.   One To One : tak tahu nak cari/ tak kenal org.. tak suruh cari org tak kenal…sepupu dua pupu, 3 pupu… no dalam phone book hset, kawan /sek, tadika, jiran2… hatta jumpa ditepi.. setiap orang punyai keluarga, kawan2, jiran2 atau siapa sahaja yang kita temui. Jumpa di tempat program ‘sharing’ tanpa henti…
2.   Edaran Flyers : edar akhbar (RM 5 : 100 keping ), parking kereta, peti surat dll
3.   Beri Sample :  Jangan kedekut untuk Berjaya. Jangan fikir balasan, labur dulu. Bagi sekeping pantiliners letak dlm zipper bag & Flayers, bancuh greenfit bagi sikit sorang rasa…
4.   Bussines Card : Kad lebih disimpan berbanding flyers jadi buatlah. Kadang2 pelanggang sudah lupa no phone kita.
5.   Home Party / Demo : Kaedah yg paling cepat untuk dapat tackle ramai prospek dalam satu masa. Sekali terang 20-30 orang dengar
6.   Buka Gerai : Promosi terbuka tanpa kita cari orang tapi prospek telah tersedia di sekeliling kita. Namun kena belajar strategi kendalikan kaedah ini…
7.   Sertai Program : Join program PIBG, Jom Heboh dll…
8.   Handphone : Call & Msg – kaedah paling pintar untuk org yg bz… kalau jumpa seorg sahaja… masa, duit minyak, tenaga dihabiskan… tp kalau msg mgkin 20sen tapi sampai pada 100 orang yang membacanya. Pintar.
9.   Internet : Face Book / Blog.  Bina & up date selalu beritanya agar ia jadi popular
Ingat bisnes kita “Buka Mulut, Bermakna Buka Kedai”. Bisnes biasa “No Money, No Talk” tapi bisnes kita terbalik “No Talk, No Money”

SPONSORING (MENAJA)
Kenapa perlu sponsoring? Nadi bisnes MLM… slow menaja bermakna bisnes kita akan malap. Umpama kayuh basikal bila start mengayuh kena terus mengayuh slow atau lambat tidak mengapa kerana kalau kita berhenti mengayuh, pasti kita akan jatuh dan mungkin terluka. Matlamat menaja supaya empayar bisnes kita berkembang pesat dan mendorong downline kita jadi usahawan. Semakin ramai usahawan kita lahirkan bermakna semakin besar rangkaian kita dan semakin besar lah jua income kita. Menaja juga akan mengurangkan kerja letih ‘Jual Runcit’ umpama nak edar 100 bungkus pad perlu ketuk 100 buah pimtu rumah. Berbanding dengan bina rangkaian mungkin melalui 5 rangkaian kita yg aktif bisnes kita juga boleh sampai ke 100 buah rumah.
Basic ilmu perlu diberi kepada downline baru :
1.   Penerangan produk2 Avail : Pad, Lobata, Man Plus, Ikids, Ifood, Green Fit, Lisselife
2.   Pakej pembelian : 2+1, VIP, Super VIP. Produk promosi dan sebagainya 
3.   Marketing plan : Penting unt ajar mereka kejar target & dapat ‘makan bonus’ besar   
4.   Borang senarai prospek : Ajar mereka senarai prospek keluarga, kawan2, jiran2 dll

SERVISING (SERVIS / JAGA RANGKAIAN KITA)
Personal Follow Up : selapas guna/ taja ‘wajib’ follow up. Mungkin mereka nak repeat sale / tukar pakej pembelian / ada kesan sampingan yg perlu pada nasihat. Matlamat Servising : Rangkaian kekal aktif berkembang. Kenapa perlu servis ? Pastikan duplikasi betul & tepat, erat hubungan rangkaian, bina semangat berkumpulan (team work). Bincang + Rancang/Plan + Selesai Masalah + Ambil Tindakan + Damping Dan Bina. Donwline nak barang jangan tangguh2 hantar apabila rangkaian semakin besar stok barang paling penting dan perlu cukup. Pening buat Avail masalah tak cukup stok.

SCHOOLING (PROSES PEMBELAJARAN BERTERUSAN)
Yakinlah… asas kejayaan dengan ‘ilmu’ sebagaimana wahyu pertama Surah al Alaq (Iqra’). Walau hebat mcm mana sekali pun ilmu & pengalaman kita dalam Avail anda perlu jadi pelajar Tadika. Jangan ego & sombong untuk belajar dengan upline anda bermula umpama bayi belajar bertatih dan berjalan.
COP : Kelas bimbingan mingguan & Nadi Avail. Tak datang Cop semangatnya semakin hari akan luntur & terus brkubur… tempat bakar rentung semangat kita. (1x seminggu)
Succes Together : Kebiasaannya dibimbing oleh pengasas Avail sendiri (1 Hari). Avail Rally : Mengeluarkan potensi diri & misi lahirkan juara baru. (2 hari 1 malam). GoGoGO Diamond : Kelayakan unt mrk brpangkat GM ke atas. (2 hari 1 malam). Exco Get Toghether : Kelayakan Khas & Aktif Dalam Avail. (3 hari 1 malam). Sertai A.E.G : Join Avail Elit Group setempat & Konyensyen PICC : Majlis Anuerah Tahun Avail yang gilang gemilang.

No comments:

Post a Comment