Thursday, February 2, 2012

MAJALAH SUKSES : AVAIL DARI PERSPEKTIF ISLAM



Saya berpendapat Avail adalah satu platform bisnes yang saya cari selama ini kerana ia menepati perseptif Islam iaitu :

Pertama : Produk Avail bersumberkan herba dan alam semulajadi ciptaan Allah.

Ia menjadikan suatu kekuatan dan keyakinan kepada umat Islam untuk berniaga atau menggunakan produk Avail. Semua produk Avail bersumberkan alam semulajadi. Setiap tumbuhan ciptaaan Allah mempunyai tugas dan tanggungjawab yang perlu ditunaikan sebagaimana ketentuan dan ketetapan Allah. Ia adalah makhluk yang tidak pernah ingkar kepada ketetapan tugasnya. Jika Allah menetapkan ‘A’ maka ‘A’ adalah fungsinya. Contohnya kajian Profesor Tetsuya Matsuno dari Persatuan Kanser Jepun pada tahun 1991 mendapati bahawa propolis yang berasal dari sarang lebah mengandungi agen anti kanser yang mampu mencegah pertumbuhan dan membunuh sel kanser tanpa memberi kesan sampingan yang buruk.

Kedua : Kelebihan tuala wanita Avail yang tiada tandingan dan pemakaiannya mengikuti sunnah Rasulullah saw

Tuala wanita keluaran Avail adalah berkualiti tinggi dan dijamin selamat serta mempunyai insuran dengan nilaian RM 3 juta. Ia telah menjalani tahap piawaian makmal yang ketat. Tiada bahan kimia atau toksid berbahaya. Mempunyai 17 herba ajaib warisan tamadun tua cina yang boleh membantu menyelesaikan hampir 100% masalah sakit puan. Sehingga kini tuala wanita Avail telah mempunyai ribuan testimonia pengguna yang positif dan tiada tandingan. Berbanding dengan tuala wanita biasa yang berada dipasaran yang diperbuat dari serbuk kayu atau recycle paper yang amat berbahaya.

Malah ia diperbuat dari 100% kapas yang menepati saranan Rasulullah saw sebagaimana hadis, Dari Hamnah binti Jahsy berkata : “Wahai Rasulullah saw, saya menderita darah penyakit yang banyak. Apakah saya tidak boleh mengerjakan solat dan puasa ?” Baginda bersabda : “Aku sarankan kepadamu agar menggunakan tuala yang dibuat dari kapas, kerana kapas itu penyerap darah yang baik". Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah.

Ini bermakna pemakaian tuala wanita Avail yang dibuat dari kapas adalah mengikuti sunnah Rasulullah dan diberi ganjaran pahala kepada sesiapa yang mengunakannya.

Ketiga : Menambah pendapatan keluarga dan menyalurkan bantuan kebajikan kepada masyarakat

Melalui bisnes Avail, seorang agen mendapat keuntungan runcit yang tinggi iaitu antara 64%-120% melalui pelbagai pakej pembelian dan pelbagai bonus pencapaian yang telah ditetapkan oleh syarikat. Cuba bayangkan seorang agen Avail boleh mencapai income melebihi RM 10,000 sebulan hanya dengan menjual tuala wanita yang berharga RM 0.40 sekeping. Lojikkah ia ? Pasti logik kerana ‘market share’ tuala wanita adalah ½ penduduk dunia yang bergelar wanita dewasa.

Manakala dari segi kebajikannya, tuala wanita Avail akan dapat menyelesaikan hampir 100% masalah ‘sakit puan’ terbukti melalui pelbagai testimonia penggunanya yang amat positif. Antara masalah yang dapat diselesaikan ialah masalah keputihan, senggugut, membaiki kitaran haid yang tidak menentu, mengecutkan fibroid dan sist (ketumbuhan), menyuburkan atau membersihkan rahim, melancarkan peredaran haid, mengeluarkan darah beku dari rahim, anti septik, mencepatkan pengecutan otot peranakan selepas bersalin, menghindarkan meroyan, bentan, sakit belakang ketika uzur dan pelbagai kegunaan lain secara dalaman dan luaran.

Cuba anda bayangkan bagaimana seorang wanita yang seawal usia 30-an yang bermasalah sakit puan, telah terputus darah haid sejak 13 tahun yang lalu hanya dengan memakai beberapa keping pantiliners Avail selama 2 minggu telah berjaya mengembalikan perjalanan darah haidnya kepada aliran normal. Ia suatu nikmat dan bantuan yang amat besar kepada mereka yang mempercayai kehebatan tuala wanita Avail. Memang benar, sihat atau sakit adalah ketentuan Allah namun sebagai manusia kita dilarang berhenti dari berikhtiar dan berusaha mencegahnya.

Keempat : Peluang bisnes yang terbuka luas untuk umat Islam. Apa peluang kita ?

Kajian menunjukkan 80% wanita pada hari ini bermasalah ‘sakit puan’. Ia adalah kesan dari pemakaian tuala wanita biasa yang dibuat dari serbuk kayu atau kertas yang dikitar semula. Bahan ini telah dilunturkan oleh peluntur berklorin. Apabila darah haid atau badan wanita panas berlaku pemeluapan seterusnya menghasilkan sejenis gas berbahaya yang dikenali sebagai ‘dioksin’. Dioksin akan mengaktifkan karsinogen iaitu agen penyebab kanser. Dioksin diserap terus ke dalam rahim wanita melalui pemakaian tuala wanita biasa. Menurut kajian seorang wanita akan menggunakan 15,000 keping tuala wanita sepanjang hayatnya, bermakna mereka terdedah kepada dioksin sebanyak 15,000 kali.

Kanser juga dianggap ‘pembunuh secara senyap’ (silent killer). Ditahap awal iaitu tahap 1 & 2 ia tidak menunjukkan sebarang tanda kehadiran sehinggalah di tahap 3 & 4. Kanser pada tahap ini dianggap telah matang dan amat berbahaya. Kanser payu dara contohnya dianggap pembunuh no 1 wanita pada hari ini. Kajian menunjukkan 85% pengidap kanser payu dara bukan sebab keturunan. Malah kajian juga menunjukkan pertumbuhan kanser mengambil masa antara 1-14 tahun. Mungkin kita rasakan ia bukan masalah kita pada hari ini namun tiada siapa yang mampu mendakwa mereka bebas dari ancaman kanser pada masa yang akan datang. Di zaman dahulu nenek moyang kita hanya menggunakan tuala atau kain sebagai alas ketika keluar haid (uzur). Faktor inilah yang menjadikan kita jarang mendapati kanser payu dara atau pangkal rahim menyerang nenek moyang kita pada zaman dahulu.

Justeru itu apa tunggu lagi ? Avail menyediakan satu peluang dan platform yang terbaik untuk kita memulakan bisnes dan merubah kehidupan keluarga kita. Berpeganglah kepada firman Allah swt : “Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum melainkan kita sendiri berusaha mengubahnya”.

Kelima : MLM Avail menepati syariat Islam

Berikut adalah antara beberapa syarat yang harus diteliti untuk menentukan MLM tersebut menepati syariat Islam sebagaimana yang digariskan oleh ulama :

1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya iaitu menepati kualiti yang digariskan dan halal dari segi hukum Islam.

Bisnes Avail ternyata jelas menawarkan produk berkualiti tinggi dan bersumberkan sumber alam semulajadi yang tiada keraguan dari segi hukum syarak. Kekuatannya adalah kepada produk dan bukan kepada objektif jangka pendek bagi mengumpul dana sebagaimana sesetengah MLM yang lain.

2. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Avail telah menetapkan peratusan ganjaran yang tetap dan jelas kepada agen yang mencapai target yang ditetapkan oleh syarikat. Ganjaran ini tidak bermakna mengurangkan komisyen ahli bawahan melainkan suatu penghargaan kepada agen yang kuat bekerja bagi menjana keuntungan syarikat. Ia juga menetapkan syarat jualan minima menggunakan konsep ju’alah dalam sistem ekonomi Islam iaitu janji hadiah atau upah. Ia bermatlamat untuk mengelakkan ‘upline goyang kaki’ mendapat hasil agen bawahan tanpa menitiskan setitik keringat.

3. Keuntungan dan komisyen Avail bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya dijualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan Avail menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan, bukannya permainan wang (money game).

4. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah mengerakkan rangkaian bawahan seperti membimbing mereka secara personal, membuat perjumpaan mingguan, memberi motivasi dan tunjuk ajar secara berterusan. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut syariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Avail mempunyai sistem GPS dan latihan bisnes yang cukup baik. Segala sistem ini digerakkan oleh leader-leader atasan demi kejayaan syarikat.

5. Avail tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya. Seolah-olah hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Plan pemasaran Avail memberikan hak yang adil kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia dapat membina ‘empayar’ bisnesnya dengan baik.

6. Avail juga memaparkan sistem komisyen atau bonus yang telus dan boleh difahami serta dipantau oleh ahlinya. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan yang sering berlaku dalam bisnes MLM.

No comments:

Post a Comment